Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.
Assalamualaikum dan selamat Malam semua..Alhamdulillah segalanya telah berakhir hari ini..final exam dah hbs..PSM(Projek Sarjana Muda)@Thesis dah siap jilid..Alhamdulillah dugaan minggu neh aku hadapi dengan dengan pertolangan kawan-kawan yang sudi membantu..syukur Ke Hadrat Ilahi mempermudahkan Urusanku Minggu..rasa bersyukur dan tenang sangat...
Assalamualaikum n Selamat Hari Buruh..boring sgt hari neh,nak kuar malas,nak study xda mood lg ,nak siap PSM pn cm nk xnk je..huh,seminggu lagi aku kat bumi semenanjung n UTHM..makin aku nak tgglkan zaman U aku ,semakin banyak dugaan n ujian..sedey gak tp pk2 balik sure da hikmahnya..mybe nak bagi aku kenangan Suka Duka kot duduk dirantauan neh..Aku reda n ikhlas..pa2 pn aku mesti hadapinya...entah sebak lak mau tgglkan U aku neh..peristiwa seminggu yg menguji jiwa n hatiku...

hari jumaat hari 2 jumpa superviser kesayangan aku ,EN Haris..neh kali keberapa entah jumpa dia perbetulkan Report PSM aku..penat kot..asyik tukar analisis..1st dia soh aku wat Analisis Anova..aku wat..dah ciap hantar kat dia..ahad  2 dia hantar msg 


Ahad-24/4
En Haris:      "Murni,kamu kena wat correlation" 
me:               ok En.sya buat tp sok 3hari neh sya da exam..ISnin,selasa ,khamis..so sya hantar kat En hari 
                    Rabu"
En Haris:       Ok

isnin,selasa-25,26/4---exam Strategic management n E-commerce..

Rabu-27/4

Rabu pagi 2..aku ada test jpj jugak...huhu..nak xnak aku kena amik coz pasni aku x dtg cni dah..then kalu amik kat sabah mahal kot rm1400..2 kali ganda harga kat cni..rm790..so aku nekad gak g test jpj walaupn aku dok serabut exam minggu neh...alhamdulillah..bhagian dalam aku lulus tp sedeynya kat luar aku gagal coz aku g potong motosikal..dapat lagi penguji yg skema nak mampus...dr pagi td lbh dr 5 org dia dok hantar balik..dak sebelum aku lg dasyat..baru je kuar simpang tempat memandu 2..dia trs kuarkan dak 2..n reverse balik keta..cian dak 2..belum sempat kuar dia dah failkan..salah sket pn dia x bg chance..aku tgk cm2 kecut 1 badan la..aku pn merayu2 kat cikgu kaunter pendaftran..xnk ngn penguji 2..tp dia kata x leh wat pa2 coz dah sampai turn aku...tup2 betul andaian aku..memang aku fail atas kesalahan memotong motosikal..aku ingat tindakan aku btl coz cikgu dok ajar selalu je soh potong motor..x sangka lak jpj wat g2..jd fail..sadis kot..masa 2 aku kecewa sgt..aku btl2 x leh tima kenyataan aku fail..
last sekali aku nekad nak ulang semula test jpj rabu depan 4/5 coz aku xda paper hari 2..selasa n khamis da paper..aku pn g jumpa kerani tempat aku belajar drive..dia kata syarat wat jpj 2 minggu..aku pn cita prob aku dah nak balik 7hb neh..dia kata postpone tiket2 amboi2 senang yer cakap..aku start praktikal 9hb la ..aku merayu2 kat dia..dia kata maaf x bleh..aku trs blah coz x tahan nk nangis..

Aku pn balik..tp dalam keadaan sedey amat sgt n kecewa..time 2 aku x tau nk wat pa..nk stdy x leh..nk g jumpa supervisor pn x leh..keja nk nngis je..pas solat zohor....kol cikgu aku tnya JPJ balik kul bapa n mintak pendapat dia ok x aku jumpa ketua Jpj mintak tlg..dia kata x penah dibuat orang la cik murni..cikgu pn x dapat tlg kamu..kalu kamu berani kamu pegilah..aku nekad nak g jumpa ketua JPJ..lantak la pa jadi,yg penting aku usahakan...kwn2 umah aku tnya nk watpa mun jumpa ketua JPJ..aku betul nekad nk mintak tolong dia...aku kol kawan2 aku yg leh tlg hantarkan..1st mintak tolong ikin..dia ok..tp aku pk ptg neh kena jumpa supervisor..cian lak dia kena teman aku g jumpa JPJ..aku trs kol g,kawan sabah aku..dia x dpt tlg tp dia support aku g jumpa JPj 2..tp yg wat aku lg  terharu sgt dia mintak tlg yana soh tlg aku..terima kasih sgt2 g..ko mmg bek..Ya allah terimakasih pertolonganmu..

Aku pn sampai kat Institut memandu 2..aku trs jumpa Ketua JPJ 2..aku cita masalah aku kat dia.

me:              Assalamualaikum.En,sya perlukan pertolangan En..sya nak amik test JPJ semula..coz neh minggu 
                    terakhir sya kat semenanjung neh..pas neh x datang cni dah..so sya kena lulus test JPJ neh b4  
                    balik..plez En..kalu sya amik kat sya mybe diorg kan cash sya lagi..mahal la en kat sabah..
En.JPJ:         cam2 kamu amik minggu depan..rabu ..4/5 neh...ok?2 je pertolongan sya leh bagi..
me:               tp En..IM neh x bg sya amik minggu depan..kononnya ikut prosedur...
En..JPJ:         sapa kata...kamu amik jugak minggu depan..spa x bg kamu amik minggu depan..
me:                kerani kat kaunter la En..
En,JPJ:          kamu pggl diorg sekarng jumpa sya..
                     (En Jpj bangun then trs pggl cikgu incharge bhgian pendaftran soh paggl kerani)
Kerani:           ada apa EN..
EN JPJ:          kamu bagi budak neh test jpj rabu depan..kita kn tolong dia
Kerani:           x bleh la En..syarat JPJ 2 minggu pas fail...kalu nk gak tanya la tauke..
En JPJ:           sapa x bagi..tauke ye..kamu g panggil tauke kamu...
                      (aku terkejut giler time 2..kecoh kot coz JPJ panggil JPJ semata2 nk tlg aku..cikgu2 n dak2 
                      kat luar suma tgk ,malu gak..tp kali neh aku nekad)
Tauke:            ye bos..ada apa?
EN JPJ:          kamu kena tlg budak neh...dia dah nak balik sabah..x dtg cni dah..so bg dia test JPJ mgg 
                       depan..boleh?
Tauke:             Boleh2...tp dokumen dia camna..
EN.JPJ:           kamu amik pa2 je dokumen dia then sya sain sekarang..
                       (tauke pn g amik dokumen2 aku)
En JPJ:            kan boleh..so cik Murni puas hati..minggu depan kamu Test JPJ..jgn sedey lagi ye..kami 
                       tolong kamu..

aku pn senyum n lega giler2 time 2..aku ucap thanx byk kali kat EN JPJ 2...Alhamdulillah ya Allah..kau permudahkan lagi urusan...Terima kasih Ya Allah..setiap UJian mu kau sertakan Pertolonganmu..

aku pn balik ngn tenang n bersyukur..then aku soh yana drop aku kat fakulti coz aku kena jumpa supervisor aku lagi tunjuk analisis yg aku dah ciapkan..aku jumpa dia ngn ikin..tup2 dia belek2 report aku  then kata Murni kamu kena wat  analisis Chi squre la..masa 2 muka aku cm nak nangis je..dalam hati En neh buli sya ke?bila tgk muka aku nk nangis En.pn pggl Dr Nor.

En Haris :       "Nor,tlg dak neh..cian kat dia"
                        amboi2 En,tau pn cian..yg dok soh saya ubah napa(dlm hati aku berkata2)..
Dr Nor:           kamu bw laptop x?
                        aku pn geleng..
Dr Nor:            "Pagi kul 8 jumpa sya"
me:                   En,sya da exam ptg....
DR Nor:           nak sya tlg x?kitorg pn da forum sok...
me:                   Ok2 sok pg sya jumpa Dr...

hanya tuhan je tau perasaan aku hr 2...dah la x stdy lagi sok pgi nak kena jumpa lak sal PSM..aku ingat time exam xnk pk sal PSM..tup2 aku kena pk wat..masa 2 sedey sgt..xtau nk watpa..dah la paper Forecasting paper plg azab bg aku..Ya,Allah bagi aku kekuatan n ketenangan hadapi suma ini...

Khamis-28/4

Alhamdulillah..Allah maha penyayang...Sok pagi2 2..aku bangun then trs jumpa Dr Nor...padahal dlm kepala aku asyik pk paper forecasting petang nnt...ingat DR Nor.x ok..upanya dia sgt2 baik..sampai je bilik dia aku trs bukak laptop..dia tgk report aku then trg kat aku pa analisis aku kena wat..yang bagusnya"dia tlg runkan Analisis chi-squre 2..then2 dah run dia pn kata "analisis kamu x sesuai buat chi-squre,kamu kena buat Anova " Ya Allah..masa 2  aku x tau nk kata apa...betullah aku wat before neh..En haris kan saja nk kerjakan aku..huhu..hatiku kesedihan..Dr Nor tgk muka aku yg cam nk nangis..dia pn kata" kamu jangan sedey..kamu jumpa En Haris n kata kamu wat Anova n gtau sebab2 yang cam sya gtau td".. huhu tenang cket  jiwa aku Dr cakap cm2..aku senyum  then ucap thanx kat Dr Nor..n trs bergegas nk balik coz forecasting x hbs study lagi..tup2 time nk turun jumpa kak Hapsah n Kak Rai..Alhamdulillah ,ajak study sama..aku lupakan seketika PSM aku n tuntut ilmu ngn dua orang akak yang bek hati neh...Terima kasih Ya Allah ,kau permudahkan Urusanku Hari ini (rintih hatiku)..

Jumaat-29/4

Alhamdulillah..azab paper forecasting dah berakhir..walaupun aku xtau betul @salah aku jawab..but aku bersyukur aku mampu jawab bbrp soalan dengan mudah..Pagi 2,aku nk jumpa En Haris tp dia da meeting..so Aku pn msg dia aku nk jumpa kul 3..then aku terlambat 15 minit jumpa dia ..ngn berlari2 anak aku panjat tangga g bilik dia..puas aku bg salam dia x jawab..aku pn kol dia then dia pggl aku "Kamu nk ape..jumpa hari selasa jelah..janji kul 3 sekarang dah kul bp?''aku pn ngn muka duapuluhsen cakap "maaf En..sya tertggl bus"sya x sengaja...huhuhu..
masuk la..then bermula la penyemakan report aku..mcm2 aku kena perbetul..tp xpe..salah aku..so aku dengar je pa dia cakap..then aku ungkit sal analisis dia soh buat...

me:           betulkan En,sya kena wat analisis Anova..tp En 2 asyik soh sya ubah..last sekali kena wat anova 
                gak.... 
En haris:   "lor,xpelah kamu buat banyak kali 2 namanya proses pembelajaran..kalu kamu x wat analisis 2    
                 kamu x tau pa fungsi analisis 2..betul x?"..
me:            (aku pn angguk)  "terima kasih En..kalu x sebab En suruh sya ubah2 analisis 2,mungkin sya x leh 
                 jawab paper exam sya semalam..coz paper semalam da gak related ngn analisis neh"...
En haris:    ye ke?2 sya x tau...yang sya tau kamu kena banyak belajar..kang nnt kamu kerja..kalu wat keja x 
                 betul sapa nak amik kamu bekerja..neh last udah..nnt x datang sni dah...nnt entah kenal x sya 
                 neh..ke wat2 xkenal...
me:           En neh..sya ingat la..En kan banyak nasihat n ajar sya..mana bleh lupa..
En Haris:   sya kan suka marah2 kamu n sampai kamu nak nangis...
me:            xpe En..sya sedar...kalu bkn En wat cam2..sya x kuat cam sekarang..En marah la...sya x amik hati 
                 pn..coz pk2 balik mmg sya salah..dah tegar dah sekarang neh..hehhehehe...nnt dah keja bos 
                 marah pn sya x kisah..yg penting sya wat keja..x la nnt bos marah trs nk berenti n nangis kan...

(dalam hati aku..kalu EN nk tau..walaupun en neh suka marah2 n kutuk2 saya n malukan sya..sya beterima kasih sgt coz en banyak bagi nasihat n teguran yang buat saya rasa semakin matang n berdikari)

then Dr Nor pn masuk..ok la...sya da meeting neh..kamu betulkan report kamu...hari selasa neh hantar...ok Encik...aku pn trs bergegas balik coz g maybank settlekan surat pinjaman bank perumahan Ayah aku...aku x bapa paham isi kandungan surat 2..so aku pn g maybank jumpa pegawai dia mintak penerangan sal surat 2..pas aku dah paham..aku trs sain then trs g pos guna Nationwide...Fuh..lega..settle urusan aku hari ni...





Alhamdulillah Urusan aku minggu lepas penuh ngan ujian n dugaan aku hadapi n aku bersyukur  ya Allah kau sertakan pertolngan kepadaku..ingat balik dugaan 2..hanya Airmata menjadi peneman..Sesungguhnya Ada Hikmah semua yang berlaku...tp aku bersyukur..kerana dugaan2 2 aku sedar atas segala kesilapan n kesalahan yng pernah aku lakukan...Terima kasih ya Allah..atas Hidayahmu..kau sedarkan aku saat aku ingin kembali semula ke pangkuan Keluargaku dalam keadaan aku sudah betul2 matang..kerana mungkin xnk kedua IBu bapaku kecewa ngn sikapku..sesungguhnya aku amat merindukan n menyayangi mereka..


Assalamualaikum dan salam sejahtera suma blogger..sya tertarik nak wat entry sal neh coz td time nak tgg bus nak balik hostel kat city campus..sya time 2 xda mood coz baru balik dr jumpa supervisor so sya amik keputusan naik bus main campus coz bus dr ostel lambat sgt..sampai je kat bus stop main campus sya trs duduk coz penat kot nak berdiri..ngah sesak2 tgg bus neh da sekumpulan dak laki muncul..rasanya baru hbs exam..besa hbs exam mesti diorg kecoh sal soalan td..tup2 da seorg mamat neh meninggikan suara ngan bangga kata"ala soalan td senang kot,aku 4 taun dok china" mak ai belagak nk mampus mamat neh..rsanya diorg baru hbs paper mandarin..tup2 mamat 2 duduk depan kerusi aku yang aku benci sgt dia dok menghadap aku tau la muka hensem tp jgn dok perasan + cakap besar + kuatkan suara..macam saja je nk tarik perhatian..neh mmg ciri mamat yang aku x suka+benci..so kali ini sya nak share 20 perkara yang buat wanita benci lelaki..before neh sya pernah terbaca dalam blog2 lain perkara yang buat lelaki benci wanita..so saya nak share sebaliknya..artikel neh sya amik dari website kesukaan sya iaitu malaysiaria..20 perkara yang ditulis neh betul2 sya x nafikan..sgt2 sama yang apa saya x suka@ benci..sya tau setiap orang da kelemahan dan kelebihan..tp certain perkara kita bleh ubah rite coz datang dari sikap kita sendiri..wow panjang lak intro sya...ok jom kita sama2 share pa 20 perkara kebanyakan perempuan x suka..





1. MENINGGIKAN SUARA


>> Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA


>> Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA ‘CUCI MATA’


>> Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG


>> Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?


5. EGO


>> Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU


>> Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN


>> Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI


>> Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN


>> Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA


>> Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN


>> Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA


>> Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…


13. PANAS BARAN


>> Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK


>> Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR


>> Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
>> Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN


>> Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI


>> Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
>> Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO


>>Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


p/s:saya paling x suka n benci no.1,2,5,18 n 20...so kepada kekasih hati@pengarang jantung..sila amik perhatian..hahahahhahahahaha
Photobucket

My mood today