1.Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
2.Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia.
3.Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.
4.Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.
5.Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.
6.Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.
7.Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.
8.Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.
9.Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.
10.Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.
11.Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti
Pesanan (^_^) kepada *^_^* :
Jangan risau jika kita tidak dapat melihat masa depan begitu jauh, terasa ia diluar capaian tangan kita. Yakinlah bahawa Allah telah merancang yang terbaik untuk kita. Tidak diuji hamba-Nya melainkan Dia tahu bahawa hamba itu mampu mengatasinya. Insya-4JJ1.
Jika (^_^) berjalan arah *^_^* di malam yang gelap gelita, bukan cahaya sepanjang perjalanan yang diperlukan. Cukuplah sekadar cerah beberapa tapak dihadapanku dengan suluhan lampu suluh dan keyakinan hati akan sampai ke arah kamu :)
Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada satu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.
Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang :
1 - mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan,
2 - memenuhi janji dalam perkara yang benar,
3 - memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau
🎞️ How To Télécharger Paranoia Films complets
5 tahun yang lalu
2 ulasan:
xder2....
aku knl ayat nie....
ko amek...
ak x gn lagi....
x aci....
x aci....
nsb baek ak baik...
gn ler....
coz ak mmg baek...
huhuhuhu.....
chewah moon mrmadah ttg cinta..trpukau aku jap..hoho..
add lagi nsht2 pasal nie byk2..aku ska bca..hehe
Catat Ulasan