RAHSIA WANITA
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi
dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang
menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan
hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang
yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati
bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang
keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam
mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada
satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila
dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas
kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu
masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia
perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,
lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi
hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung
tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis
akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi
sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan
tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu
berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi
jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih
mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat
denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau
menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk
memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia
sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering
tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan
menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa
iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan
lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka
sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa
dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia
mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...




Tidak dinafikan bahawa solat yang paling sukar untuk dilakukan dalam waktunya adalah solat subuh. Bukan kerana solat subuh jauh lebih sukar dari solat-solat lain tetapi kerana sukarnya kita untuk bangun tidur. Keadaan ini mungkin berlaku kepada semua peringkat umur.

Langkah 1: Banyakkan jam lonceng.
Perbanyakkan jam loceng yang boleh mengganggu tidur kita. Letakkan ia di beberapa tempat. Mungkin dengan hanya satu jam kita akan tutup dan terus menyambung tidur. Tetapi dengan jam yang banyak kita terpaksa menutupnya satu persatu sehingga terpaksa bangkit dari tempat tidur. Jangan lupa untuk letakkan jam loceng tersebut pada tempat yang berlainan dan agak jauh dengan katil kita.

Langkah 2: Tidur tanpa selimut dan bantal.
Jika kita seorang yang sering tidur bertemankan bantal busuk dan selimut kesayangan, kali ini cuba tidur tanpa semua itu. Letakkan bantal dan selimut kita di tempat yang jauh. Biar tidur kita kurang selesa.

Langkah 3: Tidur di atas lantai.
Jika masih tidak dapat bangun walaupun sudah tidak berbantal dan selimut, kali ini kita tak perlu lagi tidur di atas katil. Tidur saja atas lantai. Kadang-kadang kita sukar nak bangkit dari tidur adalah kerana badan kita terasa lemah bila berada di atas tilam yang lembut.

Langkah 4: Sediakan semangkuk air.
Adakalanya kita sudah terjaga dari tidur tetapi tetap berdegil tidak mahu bangun. Dalam hati berkata, “sambung sikit lagi…sikit lagi..sikit lagi..” dan akhirnya kita kembali tertidur sehingga habis waktu subuh. Cara yang mudah untuk mengelakkan sifat buruk ini ialah dengan menyediakan semangkuk air di sisi tempat kita tidur. Apabila tersedar, letakkan tangan kita dalam air itu. Badan kita akan terus rasa segar seperti terkena kejutan elektrik. Kalau nak lagi kaw, selamkan terus muka kita dalam air tu. InsyaAllah lepas tu kita akan terus bangun untuk solat!

Langkah terakhir: Tidur awal dan disiplin terhadap masa sendiri.
Sebenarnya untuk bangkit solat subuh bukanlah perkara yang sukar jika kita berdisiplin dengan waktu tidur kita. Tidur dengan membaca doa dan minta perlindungan dari Allah supaya kita diberi kekuatan untuk bangun solat subuh. Belajarl serta Amalkanlah sunnah yang diajar dan dilakukan oleh Rasulullah sebelum tidur. wallahua'lam...




Sebuah Kesetiaan. Salah satu kunci kebahagiaan dalam kisah cinta. Memang sulit untuk merasakan sesungguhnya sebuah kesetiaan. Tapi aku yakin semua dapat merasakannya.

Kesetiaan bukan hanya cukup dikatakan, ataupun diungkapkan.

Namun kesetiaan adalah perasaan yg muncul dari hati untuk hasrat memilikinya dengan sepenuh hati serta berjanji tak akan mengkhianatinya. Sedikit pendapatku...kisah cinta takkan awet tanpa adanya kesetiaan dari diri pasangan. Namun sebenarnya juga tak hanya cukup dengan kesetiaan tapi juga kepercayaan. Salah satunya mempercayai dia setia? Itulah yang mungkin sulit bagi kita. Tapi tak ada salahnya jika kita saling lebih percaya, memang kesetiaan dan kepercayaanlah pembawa bahagia dalam cinta. Dimulai dari kita saling percaya, saling mengasihi dan selalu setia pada satu hati, maka kebahagianlah yg akan kita rasakan! Tak perlu berfikir yang macam2, jika dia sudah mempercayakan hatinya pada kita. Percaya pada apa yg dia bicarakan. Tapi ada gosip yang tidak mengenakkan dari orang lain, akan pilih mana? Untuk aku, aku akan memilih sidia... orang yg kita cintai dan sayangi. Belum tentu apa yg mereka bilang itu akan benar untuk selamanya. Saling menjaga emosi satu sama lain. Tidak egois, itu akan selalu menjaga cinta. Cinta yang disulam dengan prinsip kesetiaan. Itulah cinta yang sebenarnya .. setia dari hati, berasal dari hati untuk satu hati yang akan dicintai hingga akhir hayat. Aku percaya, jodoh adalah suratan takdir. Tapi jika itu sudah jodoh kita dan ini saatnya kita benar-benar mempercayainya sepenuh hati, berusaha memberikan rasa cinta dan sayang dengan segalanya. Menghargai juga melindunginya dengan kesetiaan hati kita ..


Kesetiaan itu kuncinya...


K : kasih sayang
E : elok
E : elok cinta
T : tiada kata pisah
I : ini kuncinya cinta
A : ada untuk nya
A : ada pada dirinya satu
N : naluri mempercayai

Kesetiaan... bimbing diri kita sendiri agar selalu sentiasa setia... pada satu hati dan satu cinta...mempercayai satu sama lain . untuk menjaga keutuhan kisah cinta


petikan drpada:malaysiaria...my beloved web..

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal.
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
kupercayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
saat ku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
lupakan segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)
Assalamualaikum dan salam satu malaysia...wow2 ,ayat aku kali mmg bersemangat habis..neh la hasil menjadi Enumerator..suma org pasti tertanya2 ,enumerator maeans for???ok2..Enumerator is someone who collects census data by visiting individual homes.ada faham???aku bantu collect data 2k projek penyelidikan kajian government ttg kajian untuk mengetahui pendapat org ramai ttg hubungan kaum dan kualiti hidup Parlimen Batu pahat...kajian neh kajian 1 malaysia,means seluruh malaysia bantu wat kajian neh..kat sabah,sarawak n negri2 len da dak lecturer+studnt wat kajian neh..

Hari neh hari kedua aku jadi Enumerator neh..experience yg aku dapat amat hebat x terkata..selama neh aku asyik menelaah buku2 dalam bidang aku stdy tnpa peduli ttg masyarakat sekitar tempat aku belajar neh...2 hari2 macam2 ragam manusia aku tgk dan rasai sepanjang 2 hari bergelar enumerator..

pagi2 kul 6.00 pg aku dah bgn???hari ahad aku bgn kul 6 pg???hebatkan coz kebiasaannya time neh aku nk tido smpai x larat tdo..tp pagi2 aku bgn semata2 nak g breakfast kat Mcd..mmg dasyat kot..neh suma gara2 promosi McD yg kalu purchase rm5 above dapat 2 meals percuma...benda percuma n menjimatkan sapa xnk kan..so aku follow la member aku dak chinese neh..smpai mcd org beratur smpai terkuar pintu MCD kot,majoriti yg beratur suma chinese..nsb la member aku neh berotak geliga..soh kitaorg g kat bhgian drive tru...huh,,lega aku xkena beratur..then aku breakfast la ngn member aku but suma org mmndg meja aku?why only me malay kat meja 2..dah la aku bertudung..mmg sah aku melayu..but lantak diorg la nk tenung ka,kutuk ka,yg penting aku dpt breakfast n x kaco diorg..pengalaman di pg2 yg amat2 sweet..pk2 balik..entah pa org2 2 kutuk2 aku..lantak arrr..

Then after breakfast aku blk kat u dgr taklimat then aku n ikin n kerol..memulakan misi kami sebagai Enumerator..destinasi pertama kami KG Istana.kg neh mmg betul kat sekitar istana..kat kg neh da 4 responden yg kena cr..aku di tempatkan dekat jalan kenanga..responden yg sepatutnya ku pegi xda..so aku terpaksa amik jiran terdekat responden..Alhamdulillah neh dpt berkerjasama ngn aku..responden neh mamat kontraktor..umo area 27 tahun..interview aku dlm 15minit je..tp member aku ikin n kerol kat jalan cempaka n ros x silap lg..so aku pn sembang2 la ngn mamat 2 smbil2 dihidangkan kuih n air..fuh lega tekak aku..mmg haus kot jln2 jauh..byk la ktorg sembg sal2 kg istana neh..kg neh majoriti melayu n kmpng neh sgt2 cantik..i like it..hope dpt g tgk2 istana tas bukit neh kalu da masa free..alhamdulliah kg neh respon dia amat2 baik..

destinasi seterusnya..Taman bukit pasir,Taman Murni..hehhehehe..murni..smaa ngn nama aku..hehehhee..Responden 2nd kat umah neh seorg akak..dia keja kat government..Alhamdulillah,dia bg respon baik utk aku interview..umo akak neh dlm 27..so aku xda prob ngn tnya soalan..so far ok..aku siap awal,kol2 member diorg mc interview n amik masa lama lg so diorg soh aku amik respondent kaum cina area taman 2..jalan2 tiba2 da unty cina neh pggl aku..ingatkan unty neh leh bantu aku tanya neh tanya cita2 yer cita,,tup2 dia xnk bg kerjasama ngn alasan dia x faham pa sya nk soal dia..so blah ngn muka x malu aku.

So misi aku cr rumah responden kaum melayu..aku pn masuk kat umah seorg wife neh,dia ngh bersih2 keta.aku pn gtau tujuan aku..Alhamdulillah dia sudi nk bg kerjasama..nasib aku bek lagi..akak neh suri umah n husband dia keja government gak..so 1st2 wife dia jawab then bila masuk soalan2 area dasar ekonomi n sosial husband dia semangat nk jawab..so aku bg chance dia jawab..husband dia neh boleh kata tau la isu2 semasa 2..so dia komen mcm nk rak je kat soalan aku..aku pn dengar2 jelah n bg pndapat aku..so family neh bek..coz masa aku nk kuar tgg kerol n ikin ,hujan la pulak..bab tuan umah neh bek hati,dia payungkn aku kat luar umah smpai ikin n kerol dtg amik aku..so far..aku berterima kasih sgt ngn layanan akak 2..dia mmg bek..patut la husband dia syg..hehhehhehehe...

Then kitaorg pn pegi lagi ke responden ke 4..kat taman gangsa..responden yg aku cr x bukak pintu@xda kot..so aku berjalan la mencari umah2 jiran terdekat yg ada..aku pn pegi la kat umah responden neh..responden kali neh..berstatus nenek(61) n ibu tunggal,husband dia dah meninggal..tgk keadaan nenek 2,mmg kesian sgt coz tggl just ngn cucu dia..ank dia tggl anknya kat umah nenek dia coz bekerja kat KL..sampai atie ek ank2 tggl mak seorg2 ngn cucu..sedey n sayu aku tgk keadaan 2..tp nk xnk aku kena jalankn tgs aku sbg Enumerator..interview2 aku amik masa lama kat cni coz nenek neh x faham aku cakap ape..so aku kena la ulang soalan2 2 smpai dia faham dlm bahsa mudah..fuh2 berbuih mulut aku kot..50 soalan 2 aku kena explain berulang2..aku settlekan gak ..

Then kul 3 lbh cm2..kitorg dia umah responden ke 5,kali neh aku gerak ngn ikin coz taman yg kitorg g neh taman Flora,taman2 neh umah2 dia besor2 so responden agak educated..alhamdulillah,kitaorg g umah yg respondent neh bekas student sarjana..mmg senang la keja aku n ikin..soalan2 ditanya dijawab ngn yakin je coz akak sarjana 2..alhamdulillah penah wat thesis related gak ngn soalan2 kami tnya so mmg xda prob nk tnya..settle ngn jayanya kat umah respon neh..

but misi kat area taman flora x settle lg..aku ngn ikin pun pusing2 taman neh cr umah melayu coz majoriti taman 2 cina..so ingat nk serender je coz x jumpa umah melayu..diujung jalan..aku n ikin terpandang 1 umah yg ada papan pintu umah perkataan Assalamuailum..so aku n ikin ngn ragu2 n teragak2 nk msk umah 2,coz menteliti kitorg umah org2 kaya neh berlagak coz pengalaman semalam kat umah area c2 mmg xnk bg respon..tp aku n ikin beranikan diri gak bg salam kat umah 2..umah 2 kira besar n ada 3 biji keta..kalu ikut aku n ikin x berani nk masuk..tp tekan2 bell,da respon..kuar la seorg unty tnya nk apa..aku n ikin gtau la sal tjuan kitorg...alhamdulillah unty 2 nk bg kerjasama..kitorg x dijemput msk..just kat luar,xpe2 faham2 org kaya katakn..so kitrg pun mulakan interview..tgh rancak interview berjalan..tiba2 kuar 1 uncle neh(suami unty tu)..dia curi2 dengar interview kitorg smbl tgk2 keta dia..masuk bab soalan dasar2 ekonomi ,sosial n pemimpin tempatan...uncle 2 trs dtg kat meja ktorg interview n interrupt2 smbl bangkang2 sal soalan kitorg..dia nk sgt kot surakan pendapat dia..last sekali dia duduk kat meja interview kitorg n gantikan isteri dia jwab soalan2 interview 2..ingatkan uncle 2 leh mudahkan kitorg settlekan interview 2..but sebaliknya jadi..sampai je soalan2 pemimpin2 tempatan n cara pemerintahan...uncle 2 mula berbahas n membangkang setiap soalan kitorg..then smpai 2 terakhir 2..dia mintak aku bacakan semula soalan 2..aku baca ngn konfidennya 'pada pandangan anda,hubungan antara kaum di negara kta bertambah baik selepas pilihan raya yg lepas"pilihan jawapan "bertmbah baik,tidak berubah n bertambah buruk"..tup2 uncle 2 tnya aku soalan 2 kamu faham x?aku pn tergamam2..pa masalah soalan 2..then dia kata dia xnk jawab..then dia g kata kat aku sepatutnya kamu stdy lu soalan neh seblm tnya kat semua responden..aku n ikin terdiam..then dia pn tnya.."sya nk tanya kamu siapa pemimpin masa 2"aku pn ngn x faham soalan trs jawab pemimpin kita sekarang Dato'Najib bin Razak..dia trs mencelah..kamu faham x soalan 2..then baru aku perasan upanya soalan 2 tanya pemimpin pilihan raya lepas..then dia trs kuarkan soalan bertubi2..siapa ahli parlimen kawasan neh..setiap adun parti mana yg memimpin..then dia semua negri2 cm kedah ,perlis ,kelantan n penang..parti mn yg memimpin..kitaorg pn jawab..then dia trs lg tanya2 pemimpin kita sekarang menang berdasarkan apa?duit kami belajar dr sek rndah smpai menengah dr mana?pilihanraya parti mana menang n menang ngn majoriti brapa..parlimen 2 cmna?mak aii...bertubi2 dia soal kitaorg..aku rasa time 2 cm ngn dengar lecturer dr seorg pensyarah..
Nak jadikan cerita..kerol x smpai2 lagi nk amik kitorg kat umah 2..so wife dia pn hidangkan la kitaorg minum ptg..sambil minum..uncle 2 berbahas..aku n ikin dgr jelah..yg plg aku x bleh blah"dia kata kat kitaorg neh mangsa kerajaan..aku n ikin mmg tersentap giler time 2..aku n ikin pn kata la..kami just student n bantu dapatkan data ttg penyelidikan 2..dia still lg berbhas sal kerajaan n macam2 lagi..aku btl2 rasa kebas telinga n malas nk berkata2..then aku plg x bleh lupa bilang dia memalingkan muka sambil tersenyum sinis bila kitorg kata kitorg taun akhir..then kerol kol..dia kata dah ciap..aku lega giler2 n mmg nk kuar dr umah 2...kitorg pn mula bersiap nk kuar smbil2 2 uncle 2 menasihati kami ..aku n ikin just senyum n kata terima kasih coz bg kami pengalaman bermakna n informasi bermakna..bye uncle..assalamualaikum..aku n kin pn kuar dr umah 2 ngn muka rasa kebas n x terkata2 apa2..kesimpulannya..mmg advance interview kat umah 2...
Keseluruhannya...pengalaman hari neh mmg advance n hebat x terkata...pk2 balik ada betul n ada baik upanya pengalaman sepanjang hari neh..macam2 aku belajar...2 la pengalaman aku sepanjang hari neh..misi group aku hampir complete..kalu kaum2 cina dapat bg kerjasama..mungkin complete misi kami...hari neh kitorg just dapat 14 /22 responden..xpe2...apa yg penting pengalaman yang aku dapat hari neh bukan jumlah responden berjaya di interview..Alhamdulillah(*_*)


*baju biru yg duduk 2 la PA@supervisor aku
En.Haris Bin Md Nor*
Assalamualaikum blogger sekalian..selamat malam..opsss..selamat pagi..sharing is caring..sharing is loving..hehehehhehe..xda mood langsung aku nk wat asimen+Psm aku skrg neh..jiwa kacau katakan..kacau sebab apa ek???entahla..byk jak dugaan n ujian aku kena lalui sem neh@final sem sbg stdent..huh..."don't mengeluh lak cik murni..sbg final year student kamu kena berubah n kena kuat semangat cket coz byk ujian n dugaan kamu akan hadapi sblm kamu melangkau ke Alam pekerjaan..kalu kamu x tahan n x kuat hadapi suma neh sekarang x tau la pa jd kat kamu kat alam pekerjaan nnt kena buli ape"..teringat lak kata2 PA(penasihat akademik)@SUPERVISOR aku...walaupun aku selalu kena marah ,kutuk n kena soh wat keja overdose..tp aku ttp jumpa dia n trs jumpa demi PSM aku..ingat lagi masa PSM1..aku selalu kena marah+kutuk smpai aku nangis+tension+nk serender je stdy..tp aku kuatkan gak semangat aku demi..FAMILY aku..akhirnya aku sampai gak kat final sem neh..baru aku sedar upanya PA@supervisor aku wat cam2 coz dia syg aku..dia nk aku jd pelajar success+berguna spnjg idup aku..pk2 balik2 kalu dia x marah n kutuk2 aku,aku wat keja smbil lewa je..bak kata dia"makan angin"...akhirnya aku faham napa dia marah+kutuk2 aku sedangkan student len dia wat bodoh je..coz dia nk aku success n lbh bek dr org len..TQ my PA@supervisor..
Petang td kul 4.30pm pas kelas aku ngan suma anak2 PA wat jamuan kat KFC parit raja..best giler aku rasa time 2...dapat makan2 n hepi b4 final n lg best coz aku dapat sembang semula ngn kawan bek aku yg makin jauh dr aku semenjak aku mula belajar nk independent..best+sedeh time 2..sedar x sedar upanya tggl lagi sebulan lebih aku bergelar stdent,padahal baru rasa semalam mendaftar kat UTHM tercinta aku neh..entahlah bila lg aku datang semenanjung bila aku dah balik sabah nnt..huhuhuhuhuhuhu..terfeeling lak aku.."Ya Allah,terima kasih dan aku bersyukur ngn segala ujian n dugaanmu"sesungguhnya ada hikmah disebaliknya..Aku seorg anak yang manja,x leh idup tanpa bantuan org len,boros,malas,sensitif,mudah putus asa...kini aku dah leh berdikari+tahan kena marah,kutuk2+aku mampu wat keja sendiri tanpa bantuan org len+aku mampu g mana2 seorg2...n plg best aku more confident present kat depan..2 part plg best,aku x malu2 dah..hehehehhehehe..whatever..aku bersyukur+berterima kasih ya allah atas segalanya..

p/s:aku nak sharing sal KFC snax..http://www.snax.com.my jom ramai2 join..anda kat dapat kad KFC snax yg bg discount 25% ngn pembelian snack plate pada hari selasa ok..nak tau..klik n sign up ok????


CINTA

(Sebelum kahwin)


C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama



(Selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

*artikel neh amik dr laman web kesukaan sya..sedeh baca maksud cinta yang digambarkan means cinta indah sebelum kawen ja selepas kawen ????huh....xkn cinta digambarkan begini...rasa takut lak...nak pegi gerbang perkahwinan..tgk kawan2 kawen rasa nk kawen tp hakikatnya aku dah sedia ka?@aku terlalu muda untuk sampai ke gerbang 2..aku yakin akan sampai masanya..ngn sapa?bila?sumanya aku serahkan pada Allah yang maha esa..andai dia adalah jodohku aku terima ngan ikhlas...aku ikhlas ngn Qada-Qadarnya...jodoh,rezeki,ajal 2 suma adalah rahsia...aku hanya mampu berdoa dan berusaha....(*_*)


Jika lelaki mahu membina rumahtangga bahagia dan bertahan lama, anda perlu mencari isteri yang sekurang-kurangnya 5 tahun lebih muda dan mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik dari anda. Demikian rumusan satu kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di United Kingdom. Para penyelidik telah menemuramah 1500 pasangan yang berkahwin dan membuat kajain susulan selepas 5 tahun dari temuramah pertama, berikut adalah penemuannya:

- Jika perempuan lebih tua 5 tahun atau lebih dari suaminya, mereka berkemungkinan berpisah 3 kali ganda daripada pasangan yang sama umur.
- Jika lelaki adalah sekurang-kurangnya 5 tahun lebih tua dari perempuan, kebahagian rumahtangga adalah lebih tinggi dari pasangan yang sama umur.
- Jika ditambah dengan isteri yang lebih baik tahap akedemiknya, kemungkinan rumahtangga berpanjangan akan meningkat lebih baik lagi.
- Jika perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan pertama mereka, kebahagian akan lebih berpanjangan lagi.
Dr Emmanuel Fragniere dan rakan-rakan penyelidik lain menyatakan bahawa biasanya pasangan berkahwin atas dasar, cinta, daya tarikan fizikal, kesamaan citarasa, kepercayaan atau sikap dan juga atas dasar perjuangan yang sama.
Namun untuk memastikan rumahtangga yang berpanjangan dan bahagia mereka menyarankan agar faktor yang lebih objektif dijadikan panduan dalam memilih pasangan iaitu, Umur, Tahap Akedemik, dan Keturunan.




(Dipetik dari laman FB Affif Firdouse)


1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.


2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.


Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.


Rujuk di Quran.


1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan


"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".


2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)


so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.


di ambil pula lokasi latititude dan longitude.


3+6+1+3+8 = 21


so next 2+1 = 3


proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.


Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30


so next 3+0 = 3.


*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.


3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6


msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..


so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.


4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.


5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun sudah berabad kitab Quran di turunkan.


6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.


7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya


8. WauAllahhu Allam. الله أكبر

Dari Affif Firdouse:- Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.


Puteramu,
Along

My mood today