Jika lelaki mahu membina rumahtangga bahagia dan bertahan lama, anda perlu mencari isteri yang sekurang-kurangnya 5 tahun lebih muda dan mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik dari anda. Demikian rumusan satu kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di United Kingdom. Para penyelidik telah menemuramah 1500 pasangan yang berkahwin dan membuat kajain susulan selepas 5 tahun dari temuramah pertama, berikut adalah penemuannya:
- Jika perempuan lebih tua 5 tahun atau lebih dari suaminya, mereka berkemungkinan berpisah 3 kali ganda daripada pasangan yang sama umur.
- Jika lelaki adalah sekurang-kurangnya 5 tahun lebih tua dari perempuan, kebahagian rumahtangga adalah lebih tinggi dari pasangan yang sama umur.
- Jika ditambah dengan isteri yang lebih baik tahap akedemiknya, kemungkinan rumahtangga berpanjangan akan meningkat lebih baik lagi.
- Jika perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan pertama mereka, kebahagian akan lebih berpanjangan lagi.
Dr Emmanuel Fragniere dan rakan-rakan penyelidik lain menyatakan bahawa biasanya pasangan berkahwin atas dasar, cinta, daya tarikan fizikal, kesamaan citarasa, kepercayaan atau sikap dan juga atas dasar perjuangan yang sama.
Namun untuk memastikan rumahtangga yang berpanjangan dan bahagia mereka menyarankan agar faktor yang lebih objektif dijadikan panduan dalam memilih pasangan iaitu, Umur, Tahap Akedemik, dan Keturunan.
0 ulasan:
Catat Ulasan