RAHSIA WANITA
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi
dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang
menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan
hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang
yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati
bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang
keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam
mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada
satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila
dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas
kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu
masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia
perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,
lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi
hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung
tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis
akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi
sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan
tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu
berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi
jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih
mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat
denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau
menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk
memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia
sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering
tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan
menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa
iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan
lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka
sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa
dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia
mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...



0 ulasan:

Catat Ulasan

Photobucket

My mood today