Bismillahirrahmanirrahim…

..selagi nyawa bersatu dengan jasad, selagi itulah kita kita harus belajar..belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik..belajar untuk meningkatkan lagi kemampuan diri..belajar untuk memperbaiki kesilapan..belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, belajar untuk melupakan dan memaafkan..belajar untuk menerima kegagalan..belajar untuk mengaplikasikan kebolehan diri..belajar untuk berkongsi ilmu..belajar untuk memberi dan menerima dan macam2 lagi…

..kehidupan ini adalah suatu ruang yang besar untuk kita meneruskan pembelajaran..

Kita belajar dari kesilapan..belajar dari pengalaman..belajar dari teguran..belajar dari apa yang kita lihat dan dengar..belajar dari apa yang kita baca dan belajar dari apa yang kita percaya..

pembelajaran yang paling berkesan adalah apabila kita belajar dengan sepenuh hati..belajar dengan menggunakan hati selain drp minda..kesan dan impaknya sangat besar dan sukar untuk di kikis..

..jangan sekali-kali jemu dan jangan mudah mengalah..gagal sekali tak mengapa..sejarah pun sudah membuktikan bagaimana mentol lampu di hasilkan..bagaimana KFC bermula..semuanya kerana kesungguhan berusaha biarpun kegagalan yg hampir seratus kali.

Ilmu untuk dipelajari bukan sekadar boleh di cungkil dari hasil tulisan pena dan dakwat..bukan dari baris2 ayat yang disusun menjadi perkataan..ilmu untuk dipelajari sangat luas tidak terjangkaui..asalkan kita sanggup dan mahu.

Sayang, now you learn..untuk di fahami..kita haruslah memahami..supaya luahan dan rintihan kita di dengari..kita haruslah mendengari..untuk di sayangi kita haruslah menyanyangi..untuk di hargai..kita haruslah menghargai..semuanya memerlukan proses pembelajaran yang berterusan tanpa henti..now u learn…kita tidak boleh berhenti dari belajar…dari buaian hinggalah ke liang lahad..belajarlah tanpa henti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Photobucket

My mood today