Tarikh:28/03/2010
Tempat:Sekitar singapura & sentosa island
Title:jalan2 cr pasal..hahahaha

Semalam 1 hari aku jalan2 pegi singapore...penat pn masih x ilang lg neh..huhuhuhu..tp best sgt2...x kisah la penat...mmg x puas la kalu g singapore neh...x cukup kalu 1 hari..kena g seminggu kot..2 pn x cukup puas bg kaki jalan cm aku..hahhahahaha
you want to know something????singapore neh mmg negara yang cantik n bersih(coz buang sampah kena denda 100 dolar kalu dlm RM=Rm240...dasyat kan???)...paling mencuit hati aku neh adalah bangunan2 yang agak unik dan cantik..so sweet..sepanjang jalan aku x tido pn coz terpikat katakan..hahahhaaa..apa aku wat kan singapore????lagi dasyat toilet kat sana x da air terpaksa bawak mineral water g toilet..hahahahhaa..cian kan??? pegi sana pn aku bawak bekal..pagi2 bakar roti tuna..1st kita nak jimat n 2nd takut status halal haramnye..pa lg yek nak cita????panjang la,cm2 meh kita tgk tentatif aku..n tgk2 gmbr best neh..tarikh 2 silap tau,lupa nk setting.....hehehehehe



07.00-bertolak ke R&R Gelang Patah
*sarapan &tukar duit
10.00-Berkumpul di Imegresen Malaysia&Singapore
*semakan pasport
11.00-Bertolak ke Singapore City Gallary
12.00-Bertolak ke Merlion park
1.30-Bertolak ke Arab Street
*membeli souvenir
*solat
2.30-Bertolak ke Sentosa Island
*silosa beach
*Love garden
*Nature Walk/Dragon Trail
*Cable car arrival Park
*Luge&skyride
*Song Of The Sea
10.00-Bertolak balik UTHM
1.00-sampai UTHM
































































Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.
Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.











Solat itu tiang agama!


Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.







1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;

* Kepentingan solat
* Kelebihan solat
* Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
* Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
* Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
* Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
* Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
* Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat




Kitab Fadhail Amal


Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.
Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.












2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.

























3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.


























4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.

























5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat





















6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati


Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.
Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.
Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.
Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!























7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?























8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan


Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

























Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat.



Tarikh:8/01/10
Tempat:UPSI-UITM
Tajuk:Jkpta jelajah upsi n uitm

Program neh bulan januari hari 2..aku baru teringat nak post..besala busy sgt smpai terlempas pandang post program yg aku wat sem neh..aku dah wajib diri aku post pogem2 yg aku wat so aku pn tunaikan tanggungjawab aku post sal program "Lawatan Jawatankuasa Pelajar Tanpa Asrama (JKPTA) Uthm Ke Unit Kediaman Luar Kampus Upsi" n Lawatan Ke Non-Residentinal UITM....

Nak dijadiakn cta sebenarnya aku x layak 2k pegi program neh coz aku masih still dok asrama tapi bab aku da kwn2 JKPTA then aku neh seorg yg suka berjalan2 +aktif so kwn aku ajak aku g pogem neh...best sgt2 cm2 aku belajar n bg aku idea bila aku tggl kat luar sem depan...pa2 pn jom tgk gmbr lu br paham..





muka2 excited nak men futsal..time perlawanan persahabatan ngn Upsi

















time ice breaking





















time dengar taklimat n maklumat sal UKLK

















ronda2 keliling bitarasiswa UPSI


























neh baju koprat JKPTA















gambar kenangan JKPTA N UKLK















jelajah UITM pulak...















gambar kenangan JKPTA N ND UITM...


Biler kiter syg org tu
Kita tnggu dia lame pn x per
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2
Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu


Biler kiter syg org tu

Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,

Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kott

Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita diam je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu

Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak

Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt...klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….

Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..

Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp ngaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..

Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk mngrt
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi

Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia

Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgrluahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter


Assalamualaikum...Subhanallah..Allahuakbar..kagum n meremang bulu roma aku baca artikel neh..Sesungguhnya Allah Maha Kuasa...Keindahan dan Keunikkan Ciptaan Allah Tiada bandingannya..Maha suci Allah. Tak terbayangpun dek pemikiran akal kita yang pendek ni kan…Syukur sangat coz aku dilahirkan sebagai seorang muslim n masih dapat menikmati kehidupan duniawi yang bersifat sementara neh.termenung n berfikir sejenak aku bila baca artikel neh.timbul rasa keinsafan n kesyukuran kehadratnya..hope Kita sebagai muslim harus bersyukur sebab berada di jalan yang benar.”Mereka” terutama di barat kena buat kajian itu dan ini utk mencari kebenaran….itupun ada yg masih tidak mahu mengaku kekuasaan yang Maha Mencipta…x tau nak cita..hope korang dapat rasa pa yg aku rasa pas baca n tgk gmbr2 neh..jom tgk dan baca artikel neh..sharing is caring rite...(*_*)

“ Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


















Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico.


Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan

















Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, pakar samudera yang juga penyelam terkemuka dari Peranchis, Jean Jacques Costeau (yang selalu muncul dalam Dicovery/ Nat Geo) tiba-tiba menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya























Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut


Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu.

Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .

Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”

Ertinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam


Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.


Bye Myspace Comments
p/s:sama2 la kita renungkan artikel neh..hope dapat petunjuk n pengajaran darinya..
nak buat macam mana? Renungkan la....


CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara




Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....


Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke


''Malam Pertama Kita''

Program:Program Khidmat Masyarakat Tautan kasih
Tempat:Kg.Parit Lapis Seri Dalam
Tarikh:26-28 Februari 2010


Baru dapat wat post...busy sket after cuti hari 2...test berturut-turut bpa minggu lepas..tp post still kena go on..dah nama blog..hehehhehehe..ok la...kita cita sal program sya mgg lepas neh..hehhehe

Program tautan kasih neh betul2 beri tautan kasih pada kami student u dengan penduduk sekitar u kami ,program neh program keluarga angkat..3 hari 2 malam sya menjadi anak angkat kepada Puan Badariah dan En Haji Satar..best sgt keluarga neh..keluarga upanya orang bugis..2 yang seronok...keluarga neh da 8 orang anak..nasib bek aku dan dak kelas aku 1 keluarga so x kekok sgt..x cm kawan neh...terpaksa biasa diri ngn kwn seangkat n keluarga angkat..

Macam2 aktiviti kami wat ngan penduduk kampung bersama2 keluarga angkat antaranya gotong royong bersihkan masjid.perpustakaan kg ,sambutan maulidur rasul,lawatan ke IKS,program motivasi bersama pelajar Sek Keb Seri Timbul dan mcm lagi 2..Len dari 2 aku belajar cara idup kampung n adat resam suku kaum jawa yg menjadi majoriti kaum di kampung 2...mmg masih tebal n kuat adat2 n cr idup kmpungnyer..best n seronok sgt2...jom tgk gmbr..tp da 1 je..len2 x amik lg dr kwn2 ..insyaAllah nnt aku upload k..Tgg....


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Photobucket

My mood today