Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak pada suma blogger yang membaca entry sya kali neh..selamat berposa sya ucapkan.Tahun neh masuk tahun ke-8 sya tidak menyambut ramadan bersama keluarga..itulah dugaan sya sebagai pelajar yang merantau dinegeri orang menuntut ilmu...Sya harap diri ini still tabah n sabar..walaupun kadang2 rasa lemah n hampir putus asa..Alhamdulillah berkat doa dan sokongn kelurga sya masih gagahkan diri dan kuatkan semangat..Sebenarnya bukan mudah menjadi pelajar..kita bukan hanya belajar akademik tp belajar tentang kehidupan terutama perantau seperti sya,survive di ngri org tanpa saudara mara n keluarga..keluarga jauh disebarang lautan merentasi laut cina selatan..Hanya Kawan2 sekelas dan serumah menjadi keluarga..tp diri mana x duji dan ditimpa masalah..x semua kawan sama..mcm2 ragam..namun kita kena sentisa sabar dan tabah..pa yang diharapkan diri ini tetap ikhlas menjadi seorg sahabat dan memberi tanpa niat balasan sesungguhnya jika kita mengharapkan balsan x semestinya kita dapat seperti diharapkan..kadang2 dibalas terlebih n kdg2 xda blasan n kdg2 sama..tp yg penting kita ikhlas n lakukan semata2 kerana Allah..itulah yang terbaik....(*_*)

Syahdu rasanya diri ini tiap kali menyambut ramadan..semoga ramadan memberi keberkatan dan bermakna buat kita semua..tiap2 sesuatu yang kita laksanakan pasti ada matlamatnya,begitu juga ramadan..Entry saya kali ini juga sya nak share matlamat puasa ramadan.. matlamat puasa ramadhan yang jelas iaitu agar manusia berpuasa itu memperolehi nilai ketaqwaan. Taqwa merupakan suatu nilai perlu bagi manusia. Nilai taqwa berupaya menjadikan seseorang taat dan patuh segala suruhan dan larangan Allah.

Dalam bulan ramadhan ini, sekiranya seseorang bercakap tentang keihklasan mereka berpuasa. Tingkatan dan darjat puasa yang berbeza-beza. Ada puasa orang awam, ada puasa tingkatan khusus dan ada pula tingkatan khususul khusus. Itu juga merupakan penjelasan terperinci tentang taqwa. Sekiranya anda melihat kepada sifat menahan diri pada bulan puasa, yang bukan sahaja terhad kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja, bahkan jauh daripada itu, menahan diri daripada segala kemahuan nafsu seperti mengata orang, melakukan muamalah riba dengan menyimpan di bank-bank riba, mengambil hiburan yang melalaikan, melihat aurat orang lain, melakukan rasuah, pecah amanah dan sebagainya yang dilarang dalam agama, maka itulah nilai taqwa yang hendak dicapai. Sebab itulah secara ringkasnya, taqwa ini diertikan sebagai, melakukan setiap suruhan Allah dengan penuh keihklasan, serta meninggalkan larangan Allah dengan ikhlas juga.

Diharapkan kita semua mencapai matlamat ini bukan hanya berpuasa dengan niat menahan makan n minum tp kita mencapai matlamat sebenarnya ramadan yang sya share td..InsyaAllah..kita sama2 berusaha mencapainya..setakat ini saja entry sya...segala salah silap kata atau perktaan harap dimaafkan dan dibetulkan dengan hikmah..sya hanya insan biasa n hamba Allah yang lemah...Sekian,wassalam...slmt berposa...jgn lupa bangun sahur lak..jgn liat2 lak...(*_*)






0 ulasan:

Catat Ulasan

Photobucket

My mood today