Komentar Aku Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.
Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini.
Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Maka. InsyaAllah, aku tidak akan sekali-kali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.”



p/s:
Jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkansedikit agenda menCARI si Soleh,
tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

Jika inginkan yang solehah,
janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,
tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah,
solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yang soleh,
solehnya boleh berubah…
kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI,
maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan.
Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’
walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu)mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan,
kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI,

2 ulasan:

MuRni berkata...

to my dear shazana hanim(nana)
dek na..ni aku post lg artikel sal cinta 2k ko bc...baca jgn x baca..hehehehehe
best x?kalu best tggl komen k....

Liza berkata...

kerana CINTA engkau menangis,
kerana CINTA engkau ketawa,
kerana CINTA engkau menderita,
kerana CINTA engkau gembira...

Oleh itu cubala CINTAI yg SATU dahulu sebelum mencintai yg lain kerana cinta yg SATU ini akan mengajar engakau erti bersyukur kerana diberi kegembiraan, menguji engkau ketabahan kerana mengatasi kedukaan..

oleh e2 jgn cintai ak..hahahahahaha

Catat Ulasan

My mood today