Tidak dinafikan bahawa solat yang paling sukar untuk dilakukan dalam waktunya adalah solat subuh. Bukan kerana solat subuh jauh lebih sukar dari solat-solat lain tetapi kerana sukarnya kita untuk bangun tidur. Keadaan ini mungkin berlaku kepada semua peringkat umur.
Langkah 1: Banyakkan jam lonceng.
Perbanyakkan jam loceng yang boleh mengganggu tidur kita. Letakkan ia di beberapa tempat. Mungkin dengan hanya satu jam kita akan tutup dan terus menyambung tidur. Tetapi dengan jam yang banyak kita terpaksa menutupnya satu persatu sehingga terpaksa bangkit dari tempat tidur. Jangan lupa untuk letakkan jam loceng tersebut pada tempat yang berlainan dan agak jauh dengan katil kita.
Langkah 2: Tidur tanpa selimut dan bantal.
Jika kita seorang yang sering tidur bertemankan bantal busuk dan selimut kesayangan, kali ini cuba tidur tanpa semua itu. Letakkan bantal dan selimut kita di tempat yang jauh. Biar tidur kita kurang selesa.
Langkah 3: Tidur di atas lantai.
Jika masih tidak dapat bangun walaupun sudah tidak berbantal dan selimut, kali ini kita tak perlu lagi tidur di atas katil. Tidur saja atas lantai. Kadang-kadang kita sukar nak bangkit dari tidur adalah kerana badan kita terasa lemah bila berada di atas tilam yang lembut.
Langkah 4: Sediakan semangkuk air.
Adakalanya kita sudah terjaga dari tidur tetapi tetap berdegil tidak mahu bangun. Dalam hati berkata, “sambung sikit lagi…sikit lagi..sikit lagi..” dan akhirnya kita kembali tertidur sehingga habis waktu subuh. Cara yang mudah untuk mengelakkan sifat buruk ini ialah dengan menyediakan semangkuk air di sisi tempat kita tidur. Apabila tersedar, letakkan tangan kita dalam air itu. Badan kita akan terus rasa segar seperti terkena kejutan elektrik. Kalau nak lagi kaw, selamkan terus muka kita dalam air tu. InsyaAllah lepas tu kita akan terus bangun untuk solat!
Langkah terakhir: Tidur awal dan disiplin terhadap masa sendiri.
Sebenarnya untuk bangkit solat subuh bukanlah perkara yang sukar jika kita berdisiplin dengan waktu tidur kita. Tidur dengan membaca doa dan minta perlindungan dari Allah supaya kita diberi kekuatan untuk bangun solat subuh. Belajarl serta Amalkanlah sunnah yang diajar dan dilakukan oleh Rasulullah sebelum tidur. wallahua'lam...
Sebuah Kesetiaan. Salah satu kunci kebahagiaan dalam kisah cinta. Memang sulit untuk merasakan sesungguhnya sebuah kesetiaan. Tapi aku yakin semua dapat merasakannya.
Kesetiaan bukan hanya cukup dikatakan, ataupun diungkapkan.
Namun kesetiaan adalah perasaan yg muncul dari hati untuk hasrat memilikinya dengan sepenuh hati serta berjanji tak akan mengkhianatinya. Sedikit pendapatku...kisah cinta takkan awet tanpa adanya kesetiaan dari diri pasangan. Namun sebenarnya juga tak hanya cukup dengan kesetiaan tapi juga kepercayaan. Salah satunya mempercayai dia setia? Itulah yang mungkin sulit bagi kita. Tapi tak ada salahnya jika kita saling lebih percaya, memang kesetiaan dan kepercayaanlah pembawa bahagia dalam cinta. Dimulai dari kita saling percaya, saling mengasihi dan selalu setia pada satu hati, maka kebahagianlah yg akan kita rasakan! Tak perlu berfikir yang macam2, jika dia sudah mempercayakan hatinya pada kita. Percaya pada apa yg dia bicarakan. Tapi ada gosip yang tidak mengenakkan dari orang lain, akan pilih mana? Untuk aku, aku akan memilih sidia... orang yg kita cintai dan sayangi. Belum tentu apa yg mereka bilang itu akan benar untuk selamanya. Saling menjaga emosi satu sama lain. Tidak egois, itu akan selalu menjaga cinta. Cinta yang disulam dengan prinsip kesetiaan. Itulah cinta yang sebenarnya .. setia dari hati, berasal dari hati untuk satu hati yang akan dicintai hingga akhir hayat. Aku percaya, jodoh adalah suratan takdir. Tapi jika itu sudah jodoh kita dan ini saatnya kita benar-benar mempercayainya sepenuh hati, berusaha memberikan rasa cinta dan sayang dengan segalanya. Menghargai juga melindunginya dengan kesetiaan hati kita ..
Kesetiaan... bimbing diri kita sendiri agar selalu sentiasa setia... pada satu hati dan satu cinta...mempercayai satu sama lain . untuk menjaga keutuhan kisah cinta
petikan drpada:malaysiaria...my beloved web..
Hari neh hari kedua aku jadi Enumerator neh..experience yg aku dapat amat hebat x terkata..selama neh aku asyik menelaah buku2 dalam bidang aku stdy tnpa peduli ttg masyarakat sekitar tempat aku belajar neh...2 hari2 macam2 ragam manusia aku tgk dan rasai sepanjang 2 hari bergelar enumerator..
pagi2 kul 6.00 pg aku dah bgn???hari ahad aku bgn kul 6 pg???hebatkan coz kebiasaannya time neh aku nk tido smpai x larat tdo..tp pagi2 aku bgn semata2 nak g breakfast kat Mcd..mmg dasyat kot..neh suma gara2 promosi McD yg kalu purchase rm5 above dapat 2 meals percuma...benda percuma n menjimatkan sapa xnk kan..so aku follow la member aku dak chinese neh..smpai mcd org beratur smpai terkuar pintu MCD kot,majoriti yg beratur suma chinese..nsb la member aku neh berotak geliga..soh kitaorg g kat bhgian drive tru...huh,,lega aku xkena beratur..then aku breakfast la ngn member aku but suma org mmndg meja aku?why only me malay kat meja 2..dah la aku bertudung..mmg sah aku melayu..but lantak diorg la nk tenung ka,kutuk ka,yg penting aku dpt breakfast n x kaco diorg..pengalaman di pg2 yg amat2 sweet..pk2 balik..entah pa org2 2 kutuk2 aku..lantak arrr..
Then after breakfast aku blk kat u dgr taklimat then aku n ikin n kerol..memulakan misi kami sebagai Enumerator..destinasi pertama kami KG Istana.kg neh mmg betul kat sekitar istana..kat kg neh da 4 responden yg kena cr..aku di tempatkan dekat jalan kenanga..responden yg sepatutnya ku pegi xda..so aku terpaksa amik jiran terdekat responden..Alhamdulillah neh dpt berkerjasama ngn aku..responden neh mamat kontraktor..umo area 27 tahun..interview aku dlm 15minit je..tp member aku ikin n kerol kat jalan cempaka n ros x silap lg..so aku pn sembang2 la ngn mamat 2 smbil2 dihidangkan kuih n air..fuh lega tekak aku..mmg haus kot jln2 jauh..byk la ktorg sembg sal2 kg istana neh..kg neh majoriti melayu n kmpng neh sgt2 cantik..i like it..hope dpt g tgk2 istana tas bukit neh kalu da masa free..alhamdulliah kg neh respon dia amat2 baik..
Jika lelaki mahu membina rumahtangga bahagia dan bertahan lama, anda perlu mencari isteri yang sekurang-kurangnya 5 tahun lebih muda dan mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik dari anda. Demikian rumusan satu kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di United Kingdom. Para penyelidik telah menemuramah 1500 pasangan yang berkahwin dan membuat kajain susulan selepas 5 tahun dari temuramah pertama, berikut adalah penemuannya:
1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.
Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.
Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.
3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.
4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun sudah berabad kitab Quran di turunkan.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam. الله أكبر
Dari Affif Firdouse:- Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.
Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…
Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.
Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.
along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.
Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.
along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.
Puteramu,
Along